Tuesday 26 April 2011

Pahit dan manis

Saban hari saban waktu hidup kita di atas dunia yg penuh dgn "adventure" ni pasti akan ditempuh oleh setiap semua lapisan golongan masyarakat..Tapi semuanya akan dihadiahkan dengan pengalaman yg tidak dapat di lupakan..Sama ada pengalaman manis ataupun pahit kerana ia tidak ada harga untuk dijual beli..Beruntunglah kepada sesiapa yg dapat pengalaman sebegitu rupa.Namun dgn izin Allah,ingatan saya "flash back" semula dgn kisah2 silam yg begitu pahit dan manis.Ingin saya berkongsi dgn kalian semua dan bukan utk minta simpati dari anda semua..Sebab saya tahu ada lagi org yg lebih hebat dan lebih teruk pengalaman serta dugaan yg di lalui..Kerana semua ini melibatkan keberanian,kelantangan,perasaan,air mata,gembira dan sebagainya.Kenangan manis pastinya akan membuatkan kita tersenyum seolah2 berada di tengah2 ladang bunga tulip yg segar dan cantik sambil di tiup angin yg pastinya mendamaikan jiwa setiap org yg merasainya.Tapi lain plak bila kenangan pahit ni,sehingga ada org yg sanggup berdendam sehingga akhir hayat..Mungkin perasaan kenangan pahit ni seperti kesakitan yg amat sangat dan dahsyat sehingga menusuk dalam jiwa bagaikan ditikam berkali2,di hempas batu dgn kuat dan sebagainya.Mungkin inilah gambaran PAHIT yg kita alami..Sebab setiap dari kita mempunyai pelbagai istilah utk menggambarkan perasaan ini..Cukup setakat ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan sesama kita.Tapi inilah realiti kehidupan yg pasti akan di lalui setiap manusia di dunia ini.Segala yg manis dan indah itu datangnya dari Tuhan Sekelian Alam dan yg buruk,lari topik semestinya dari ketidaktumpuan saya..terima kasih

Friday 22 April 2011

Di mana ketenangan dan di mana kebahagiaan

Semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan,kerana ia fitrah semulajadi manusia,
Dimana ketenangan dan dimana bahagia pada harta pangkat dan kuasa atau pada kecantikan wanita,
Kalau disitulah kebahagiaan mengapakah jutawan berpenyakit jiwa,
Kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi sahaja,
Mengapa yang punya kuasa berkrisis sentiasa,
Mengapa gila wanita selalu kecewa
Di mana ketenangan di mana kebahagiaan manusia,
Sudah lama manusia mencari tiada jumpa,
Terumbang ambinglah mereka,
Di tengah kemodenan hidupnya canggih tapi jiwanya tersisih sedih
Manusia kehilangan kebahagiaan walau sentiasa memburunya
Yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan
Harta pangkat dan kuasa jua wanita semuanya menipunya
Manusia kecewa di mana2
Di mana ketenangan di mana kebahagiaan manusia
Ya Allah itulah tuhan sumber kebahagiaan 
Kenali dan cintailah Allah kerana Allah menyintai kita
Cintakan Allah tiada kecewa
Beriman kepadanya dan sembahlah DIA
Ikuti syariatnya tawakal lah kepadaNya
Mintalah kepadanya berbaik sangkalah kepadaNya
Itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara
Nikmat bahagia pasti di rasa

( NADAMURNI )


Wednesday 20 April 2011

Minda cergas,otak cerdas dan badan sihat


Jantung Cergas - Jantung Sihat
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam
  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa. 
Jenis-jenis Senaman
  • Senamrobik
  • Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.
  • Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.
  • Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
  • Kalestenik
  • Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.
  • Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.
  • Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.
  • Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.
Patuhilah Syarat-syarat Bersenam
  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

    jom kawan2 kita bersenam...minda cergas,otak cerdas dan badan sihat...Tp kalau ketentuan  Allah dah sampai walaupun kita ni seorang atlet sekalipun,kita tak boleh buat apa...Oleh yg demikinan,jagalah jantung anda sementara boleh jaga....Yang baik itu dari Pemilik Alam semesta dan yg buruk itu adalah datangnya dari ketidakperihatinan saya sendiri....selamat bersenam.... 

Tuesday 19 April 2011

Mencari Rezeki

Pukul 5.40 pagi..warga tua yg hanya berbekalkan basikal...umur tidak dihiraukan lagi..cuma kerana sesuap nasi...sanggup mengharungi kesejukan pagi...sambil melelapkan mata utk beberapa minit...Zaman sekarang ni,susah nak dapatkan kerja..ada peluang,cubalah dulu..ambil pengalaman...Contoh,kita sebagai Boss nak cari pekerja....kita tawarkan dalam Rm1000.00..tp yg dtg temuduga semuanya graduan yg hebat...Boss akan tanya 1 soalan.."Boleh awk bekerja dgn gaji RM1000.00 sebulan?"...Tp ramai graduan sekarang ni memilih kerja sbb gaji kecil...kononnya xsetimpal...Tp bg graduan yg cerdik,dia akan gunakan sijil SPM saja...Dia kerja sebagai org bawah,ambil pengalaman..dan dapat gaji dengan elaun2 sekali...cukup 1 tahun lebih,ada jawatan kosong..Haa..masa yg sesuai utk penilaian graduannya..Bila temuduga..jgn kata gajinya RM1000.00,RM3000.00 pun boleh kalau pengalaman dah ada...Boss pun senang kerja dgn org yg ada pengalaman tambah2 kalau jenis boleh terima pandangan dan pendapat..Tapi,bila dah berjaya..jangan lupa kepada org yg susah,ibu bapa,kawan2..Kerana rezeki tu Allah boleh tarik bila2 masa saja kalau kita lupa daratan di sebabkan pangkat yg kita perolehi...Tambah2 dgn ibu bapa..Jangan sesekali lupa ok...Zakat pun jangan lupa..Tanggungjawab utk agama...Barulah rezeki yg kita dapat tu..BERKAT....ambil iktibar dari gambar uncle  tu...walaupun umur dah lanjut,tapi kegigihan utk bekerja masih di tahap yg amat tinggi....Boleh mengalahkan org muda..Org muda boleh bangun awal2 pagi mcm ni ?Haa...fikir2kanlah yea...Yang buruk itu adalah dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri dan yg terbaik itu datangnya dari KEHEBATAN Allah S.W.T sendiri...Selamat beramal.....

Monday 18 April 2011

Menjaga kebajikan pekerja

   Salam sejahtera..pukul 6.15 pagi tadi...sebelum shift malam selesai,sembang2 la dgn sorang passenger ni...Dia staf Naza Hotel Penang...kiranya otai kat situ la...Dia ceritakan ttg perihal Boss Naza..Puan Sri dan Tan Sri..cerita dalam masa 20minit ...Rasa mcm kenal lama dah....hehehe...org berbudi kita berbahasa...heheheh...Ok,Boss Naza ni jenis "humble"..mkn pun cuma roti ja...haaa..tapi air yg dia suka...MILO dn air suam..sama la dgn saya ni...heheheh.....Menurut otai ni lagi,Boss tu lebih pentingkan family...kalau sapa2 sakit,cepat2 uruskan...Klinik panel plak bkn utk sorang..tapi utk isteri dan anak2..anak 8 pun boleh...Hospital plak,Hospital yg paling mahal di Penang ni..Penang Adventist Hospital...selalunya,kalau seseorang majikan yg berbuat demikian iaitu mementingkan hal kebajkan pekerjanya,mesti akan beroleh keuntungan yg berlipat kali ganda...semoga Allah melimpahkan rezeki..amin..Moral of storynya...Pangkat tinggi mcm mana pun,kalau
kebajikan pekerja tidak di abaikan,pasti pekerja akan mendoakan untuk Boss..psstt..saya pun dapat tawaran jgak utk menginap kat hotel tu dgn harga yg berpatutan...rasa nak relax,call saja otai ni..dia akan uruskan...haa....rezeki2....info dapat,pengalaman org pun dapat,kawan baru pun dapat dan tempat untk bercuti pun dapat...hehehe.....ok la..semoga anda semua dapat sedikit iktibar dari perbualan saya dgn otai tu utk kebaikan kita semua...yg baik tu dari Allah...yg buruk tu dari kesalahan saya sendiri...selamat beramal

Detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w

Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Rasulullah dengan suara lemah memberikan khutbah terakhirnya;
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak, orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama denganku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu-persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, dada Umar naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba Rasulullah akan meninggalkan kita semua!” bisik hati para sahabat saat menangkap pandangan mata orang yang sangat mereka cintai.

Sosok mulia itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin terlihat saat Ali dan Fadhal dengan sigap memeluk Rasulullah yang terlihat sangat lemah ketika melangkah turun dari mimbar. Saat itu, jika saja mereka mampu, maka seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan berusaha keras menahan detik-detik yang berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalam, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan kening dan sekujur tubuh berkeringat membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang mengucapkan salam lalu meminta izin untuk masuk. “Bolehkah saya masuk?” pintanya dengan santun. Namun Fatimah yang menemui tamu ayahnya itu tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah wahai tuan, ayahku sedang sakit." kata Fatimah yang kemudian membalikkan badan dan menutup pintu kembali. "Tidak mengapa," kata tamu itu lagi dari balik pintu, "saya akan bersabar menunggu di sini sampai sahibul bait bersedia menemui tamunya." lanjutnya lembut. Lalu ia pun duduk di salahsatu sudut di depan rumah Rasulullah. Fatimah memperhatikannya sejenak, kemudian kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya, “Siapakah yang datang itu, wahai anakku?”

“Tidak tahu, ayah. Sepertinya baru kali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lemah lembut. Mendengar itu Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian dari wajah anaknya itu ingin dikenangnya baik-baik.

“Ketahuilah, anakku. Dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah. "ijinkan ia masuk, dan katakan padanya bahwa aku sudah siap ... "

Mendadak hati Fatimah seakan luruh bagai gunung es yang tiba-tiba saja mencair. Namun sambil menahan ledakkan tangisnya, ia pun kemudian keluar mempersilakan sang tamu untuk masuk menemui ayahnya.

Saat melihat kedatangan tamunya itu, Rasulullah pun menanyakan mengapa Malaikat Jibril tidak menyertainya. Mendengar itu, maka atas ijin Allah SWT, dipanggilah Malaikat Jibril yang sebelumnya sudah bersiap untuk menyambut kedatangan ruh kekasih Allah dan penghulu dunia itu di langit.

Setelah mengetahui bahwa Malaikat Jibril telah berada di ruangan itu, maka Rasulullah pun berkata, “Wahai Jibril, jelaskan padaku apa saja hakku nanti di hadapan Allah?” pintanya dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat telah menanti ruhmu. Sedangkan semua pintu surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ya, Rasulullah!” kata Malaikat Jibril.

Tapi, jawaban Jibril itu rupanya belum memuaskan hati Rasul, matanya masih memancarkan kekhawatiran dan tanda tanya. “Tidakkah engkau senang mendengar kabar ini, ya, Rasulullah?” tanya Malaiakat Jibril.

Seakan tak mengindahkan pertanyaannya, Rasulullah kembali berucap, “Kabarkanlah padaku bagaimana nasib umatku kelak setelah aku tiada." pintanya.

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Malaikat Jibril meyakinkannya. Mendengar itu Rasululullah pun kemudian diam.

Detik-detik kian mendekat hingga tibalah saatnya Izrail, sang Malaikat Maut, melakukan tugasnya. Setelah lebih dulu menanyakan kesiapan Rasul yang dijawab dengan isyarat sebagai tanda sudah, maka perlahan-lahan ruh Rasulullah pun ditarik oleh Malaikat Maut.

Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Wahai Izrail, betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Malaikat Jibril pun memalingkan muka. “Jijikkah engkau melihatku hingga memalingkan wajah, wahai Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup menyaksikan kekasih Allah meregang nyawa?” kata Jibril sambil terus berpaling. Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, sungguh dahsyat rasa sakaratul maut ini! Hamba mohon timpakanlah semua siksa maut ini kepadaku saja, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seperti hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii ...... !!!” Terdengar ucapan terakhir Rasulullah sangat lirih, dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinar kemuliaan kepada umat manusia itu.

Hari ini, dapatkah kita mencintainya seperti beliau mencintai kita?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.

Betapa besar cinta Rasulullah kepada umatnya.

Sunday 17 April 2011

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.Bila-bila masa ia akan pecah.
Dengan anak saudara Nur Aina Nabilah Bt Rashidi

nampak garang atau mcm boss ??

Saturday 16 April 2011

Kematangan atau Pengalaman ??

Assalamualaikum...hahaha...akhirnya bersua kembali dalam blog yang baru tercipta ini...Terima kasih kepada anak muridku yang sudi mengajar serba sedikit tentang ilmu IT ni..Toleh kiri toleh kanan..tengok depan tengok belakang..apa yang dapat kita lihat ialah perspektif warna kehidupan.Inilah realiti kehidupan di atas pentas dunia yang penuh dengan pelakon yang hebat,lagak ngeri dan sebagainya.Kematangan mengajar erti kehidupan dan Pengalaman mengajar erti kehidupan.Kedua-dua perumpamaan ini boleh di katakan saling berkaitan antara satu sama lain kerana pengalaman dan kematangan sama penting dalam kita mengharungi kehidupan di alam fana ini.Bila ada kedua-dua ini,Insyallah hidup anda pasti akan memperoleh sesuatu kepuasan yang tidak dapat kita gambarkan betapa pentingnya kematangan dan pengalaman ini.Setiap orang akan mengalaminya sendiri dan saksikanlah kehebatan anda dalam mengharungi onak duri yang bakal anda tempuhi.