Monday 12 September 2011

Darjat dan Ilmu

Kenapa dalam pemikiran semua org,darjat dijadikan pendirian utama???yg kaya xboleh bersama dgn yg miskin...begitu jga sebaliknya...sedangkan kalau di bandingkan ilmu....mmg xsama.....kadang2 yg kaya tu xtahu apa yg ada oleh si miskin....si miskin mempunyai ilmu yg lebih tinggi dan hbat dari si kaya....sedangkan si kaya mempunyai macam2 harta benda tp tiada kasih syg....tiada kebahagiaa...kita dapat tgk semua ni dalam drama2 di televisyen.....tp realitinya mmg berlaku zaman skrg ni....
Natijahnya.....tgklah ke hadapan....pandanglah dgn seluasnya....buka mata.....mmg terjadi.....bnyak skrg ni org2 tua,miskin di abaikan....tapak asasnya ialah ilmu....penindasan berlaku di sana sini...smpaikan berlakunya kejadian yg tidak di ingini....tanpa di sedari..terjadilah derhaka......ibu bapa di tendang..di pukul.....di biar merempat....macm2 laa....dan kenapa darjat dan ilmu di bezakan?persoalan yg selalu ada dalam pemikiran kita sebagai manusia....sedangkan tuhan xpernah membezakan darjat....kita pula sebagai manusia yg membezakan darjat....tuhan maha adil,kita sakit DIA sembuhkan.....kita lapar,DIA bg makan....di manakah darjat dari Allah ?malah Allah tinggikan darjat seseorg bila seseorang menolong di dalam apa sahaja kesusahan yg di alami.....

Ramadhan

Kini Ramadhan dah pergi...adakah kita akan berjumpa lagi atau tidak????tiada jawapan buat diri kita....bulan pesta ibadah,pesta pahala dah pun tinggalkan kita....sekarang ni....kita akan berdepan dgn hari2 yg biasa..hari2 penuh dgn onak dan cabaran yg pastinya...kita tetap akan melaluinya jgak...

Saturday 25 June 2011

Antara 2 darjat

Antara 2 darjat...iaitu perbezaan taraf kehidupan yg ketara dari segi harta dan pangkat kekayaan.Pada hari ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang terpinggir. Dan kini  sudah menjadi adat kehidupan golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan, penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat.
Golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan manusia..Fikirkan..
Inilah realiti dan fantasi kehidupan manusia sekarang ni..pangkat dan kekayaan menjadi ukuran sehingga sanggup menyakiti hati dan perasaan org lain hanya kerana PERALATAN DUNIA...inilah realiti dan fantasi kehidupan millenium sekarang yg gah dgn nama dan pangkat utk kesenangan yg sementara..Bahkan hubungan antara Pencipta pun dah di darjatkan...sama2 kita renungkan....

Tuesday 26 April 2011

Pahit dan manis

Saban hari saban waktu hidup kita di atas dunia yg penuh dgn "adventure" ni pasti akan ditempuh oleh setiap semua lapisan golongan masyarakat..Tapi semuanya akan dihadiahkan dengan pengalaman yg tidak dapat di lupakan..Sama ada pengalaman manis ataupun pahit kerana ia tidak ada harga untuk dijual beli..Beruntunglah kepada sesiapa yg dapat pengalaman sebegitu rupa.Namun dgn izin Allah,ingatan saya "flash back" semula dgn kisah2 silam yg begitu pahit dan manis.Ingin saya berkongsi dgn kalian semua dan bukan utk minta simpati dari anda semua..Sebab saya tahu ada lagi org yg lebih hebat dan lebih teruk pengalaman serta dugaan yg di lalui..Kerana semua ini melibatkan keberanian,kelantangan,perasaan,air mata,gembira dan sebagainya.Kenangan manis pastinya akan membuatkan kita tersenyum seolah2 berada di tengah2 ladang bunga tulip yg segar dan cantik sambil di tiup angin yg pastinya mendamaikan jiwa setiap org yg merasainya.Tapi lain plak bila kenangan pahit ni,sehingga ada org yg sanggup berdendam sehingga akhir hayat..Mungkin perasaan kenangan pahit ni seperti kesakitan yg amat sangat dan dahsyat sehingga menusuk dalam jiwa bagaikan ditikam berkali2,di hempas batu dgn kuat dan sebagainya.Mungkin inilah gambaran PAHIT yg kita alami..Sebab setiap dari kita mempunyai pelbagai istilah utk menggambarkan perasaan ini..Cukup setakat ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan sesama kita.Tapi inilah realiti kehidupan yg pasti akan di lalui setiap manusia di dunia ini.Segala yg manis dan indah itu datangnya dari Tuhan Sekelian Alam dan yg buruk,lari topik semestinya dari ketidaktumpuan saya..terima kasih

Friday 22 April 2011

Di mana ketenangan dan di mana kebahagiaan

Semua manusia memburu ketenangan dan kebahagiaan,kerana ia fitrah semulajadi manusia,
Dimana ketenangan dan dimana bahagia pada harta pangkat dan kuasa atau pada kecantikan wanita,
Kalau disitulah kebahagiaan mengapakah jutawan berpenyakit jiwa,
Kenapa yang berpangkat pemarah dan beremosi sahaja,
Mengapa yang punya kuasa berkrisis sentiasa,
Mengapa gila wanita selalu kecewa
Di mana ketenangan di mana kebahagiaan manusia,
Sudah lama manusia mencari tiada jumpa,
Terumbang ambinglah mereka,
Di tengah kemodenan hidupnya canggih tapi jiwanya tersisih sedih
Manusia kehilangan kebahagiaan walau sentiasa memburunya
Yang disangka bahagia itu rupanya mengecewakan
Harta pangkat dan kuasa jua wanita semuanya menipunya
Manusia kecewa di mana2
Di mana ketenangan di mana kebahagiaan manusia
Ya Allah itulah tuhan sumber kebahagiaan 
Kenali dan cintailah Allah kerana Allah menyintai kita
Cintakan Allah tiada kecewa
Beriman kepadanya dan sembahlah DIA
Ikuti syariatnya tawakal lah kepadaNya
Mintalah kepadanya berbaik sangkalah kepadaNya
Itulah penenang jiwa ubat jiwa yang lara
Nikmat bahagia pasti di rasa

( NADAMURNI )


Wednesday 20 April 2011

Minda cergas,otak cerdas dan badan sihat


Jantung Cergas - Jantung Sihat
Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.
  • Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
  • Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam
  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.
  • Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa. 
Jenis-jenis Senaman
  • Senamrobik
  • Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.
  • Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.
  • Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.
  • Kalestenik
  • Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.
  • Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.
  • Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.
  • Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.
Patuhilah Syarat-syarat Bersenam
  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.

    jom kawan2 kita bersenam...minda cergas,otak cerdas dan badan sihat...Tp kalau ketentuan  Allah dah sampai walaupun kita ni seorang atlet sekalipun,kita tak boleh buat apa...Oleh yg demikinan,jagalah jantung anda sementara boleh jaga....Yang baik itu dari Pemilik Alam semesta dan yg buruk itu adalah datangnya dari ketidakperihatinan saya sendiri....selamat bersenam.... 

Tuesday 19 April 2011

Mencari Rezeki

Pukul 5.40 pagi..warga tua yg hanya berbekalkan basikal...umur tidak dihiraukan lagi..cuma kerana sesuap nasi...sanggup mengharungi kesejukan pagi...sambil melelapkan mata utk beberapa minit...Zaman sekarang ni,susah nak dapatkan kerja..ada peluang,cubalah dulu..ambil pengalaman...Contoh,kita sebagai Boss nak cari pekerja....kita tawarkan dalam Rm1000.00..tp yg dtg temuduga semuanya graduan yg hebat...Boss akan tanya 1 soalan.."Boleh awk bekerja dgn gaji RM1000.00 sebulan?"...Tp ramai graduan sekarang ni memilih kerja sbb gaji kecil...kononnya xsetimpal...Tp bg graduan yg cerdik,dia akan gunakan sijil SPM saja...Dia kerja sebagai org bawah,ambil pengalaman..dan dapat gaji dengan elaun2 sekali...cukup 1 tahun lebih,ada jawatan kosong..Haa..masa yg sesuai utk penilaian graduannya..Bila temuduga..jgn kata gajinya RM1000.00,RM3000.00 pun boleh kalau pengalaman dah ada...Boss pun senang kerja dgn org yg ada pengalaman tambah2 kalau jenis boleh terima pandangan dan pendapat..Tapi,bila dah berjaya..jangan lupa kepada org yg susah,ibu bapa,kawan2..Kerana rezeki tu Allah boleh tarik bila2 masa saja kalau kita lupa daratan di sebabkan pangkat yg kita perolehi...Tambah2 dgn ibu bapa..Jangan sesekali lupa ok...Zakat pun jangan lupa..Tanggungjawab utk agama...Barulah rezeki yg kita dapat tu..BERKAT....ambil iktibar dari gambar uncle  tu...walaupun umur dah lanjut,tapi kegigihan utk bekerja masih di tahap yg amat tinggi....Boleh mengalahkan org muda..Org muda boleh bangun awal2 pagi mcm ni ?Haa...fikir2kanlah yea...Yang buruk itu adalah dari kelemahan dan kekhilafan saya sendiri dan yg terbaik itu datangnya dari KEHEBATAN Allah S.W.T sendiri...Selamat beramal.....